SEJARAH

 

SEJARAH SEKOLAH


Penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang bukan semata-mata kerana pertambahan penduduk setempat tetapi ianya kerana ingin mengulangi kegemilangan sejarah Kompleks Ngah Ibrahim sebagai gedung ilmu yang tersohor suatu ketika dahulu.

 
Pada 3 Januari 1983, Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang ditubuhkan. Pada peringkat permulaan 7 kelas pelajar peralihan ditempatkan di SMK Seri Kota dan 2 kelas tingkatan 1 di SMK Doktor Burhanuddin,Taiping.

 
Pada Julai 1983, seramai 321 orang pelajar dan 13 orang guru berpindah ke SMK Simpang.

Dalam tempoh 15 tahun, bilangan pelajar meningkat sebanyak 7 kali ganda di mana pada 2001, bilangan pelajar telah bertambah menjadi 2407 orang dan 125 tenaga pengajar.

 
1983 hingga 2008 maka genaplah sambutan Jubli Perak SMK Simpang







GUNUNG DAN SIMBOL ATOM 

 Melambangkan usaha-usaha yang gigih untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berkeupayaan mencapai cita-cita untuk merintis masa hadapan yang cerah.


SIMBOL INDIVIDU KUNING

Melambangkan keteguhan dan kesungguhan melahirkan individu yang sihat secara menyeluruh.


LAMBANG "S" MERAH

Melambangkan kawasan SMK Simpang terbina


HURAIAN WARNA LENCANA SEKOLAH






BENDERA SEKOLAH



WARNA MERAH
 - Melambangkan kegigihan, keberanian, keazaman dan ketekunan untuk mencapai cita-cita murni

WARNA KUNING
 - Menunjukkan kedaulatan raja-raja serta kesucian agama islam sebagai agama rasmi

WARNA BIRU
 - Melambangkan perpaduan antara kaum yang membentuk masyarakat pelajar sekolah ini





IKON SEKOLAH (AKAR BAKAU)




1. UTUH DAN TEGUH
- Batang boleh patah, akar tetap tegak
Barisan pimpinan dan tenaga kerja boleh ditukar ganti, tetapi organisasi sekolah tetap dipertahankan walau siapa pun menerajui dan memacunya.

2. UNIK DAN UNGGUL
- Memiliki akar jangkang ceracak yang menonjol
Ketelusan dan kejujuran adalah penting untuk membawa sekolah ini ke mercu gemilang. Aspirasi sekolah yang tersurat melalui visi, misi dan agenda sekolah adalah telus dan senantiasa dikongsi bersama oleh setiap warga.

3. MESRA ALAM
- Akarnya dapat menyesuaikan diri dengan faktor tanah, air dan angin serta dapat hidup dalam air pasang atau air surut.
SMK Simpang bersikap dinamik, progmatik dan proaktif, perubahan menurut keperluan semasa, sambil tabah menghadapi cabaran yang mendatang untuk memastikan ia terus mantap dan tidak terkeluar dari arus perdana negara. 

4. TIADA AKAR TUNJANG
- Akar jangkang ceracak yang berada di sekeliling pangkal pokok sama-sama menunjang batang.
Semua warga SMK Simpang termasuk masyarakat dan agensi setempat sama-sama penting untuk menjulang organisasi sekolah ke puncak kegemilangan dan menjadi yang terbilang antara yang cemerlang. Kejayaan atau kegagalan sekolah ini adalah tanggungjawab semua, bukan terpikul di bahu seseorang atau sebahagian warganya.





Cogan Kata Sekolah "BERILMU BERBAKTI"

BERILMU


Seorang yang berilmu adalah seorang yang berpendidikan, berpengetahuan serta pandai membezakan antara baik dan jahat, benar dan salah. Melalui pendidikan nilai-nilai positif akan timbul iaitu boleh berinteraksi dari segi sosial, menunjukkan ciri-ciri kepimpinan,menghormati diri dan orang lain serta mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi. Dari itu mereka akan menjadi individu yang seimbang dan harmonis selaras dengan falsafah dan Wawasan Pendidikan Negara. Dengan ini mereka sanggup menangani masalah dalaman dan luaran yang melanda diri.


BERBAKTI


Seseorang yang berpendidikan akan mengamalkan ilmu yang telah diperolehi untuk berjasa kepada nusa dan bangsa. Sentiasa mencurah bakti bila diperlukan dengan penuh dedikasi kepada keluarga, sekolah dan masyarakat.
 

Budaya Sek Men Keb Simpang

Kami warga SMK Simpang mengamalkan budaya kerja cemerlang

* Rajin,Tekun dan Berusaha
* Mematuhi Peraturan
* Hormat Menghormati dan Bersopan Santun
* Budaya Penyayang
* Ceria dan Bersih

1 comment: